welcome banner

Saturday, May 4, 2013

Calon Bebas TIDAK diturunkan dalam penamaan Calon pada 20/04/13.

Pertimbangan telah dibuat untuk tidak menurunkan Calon Bebas yang disokong oleh USNO(Baru) setelah menrima dan mendengar beberapa pandangan dan nasihat dari banyak sudut terutama sekali penyertaan bilangan calon2 bebas yang lain yang akan juga bertanding mencecah hingga 7 calon dalam setiap pertandingan. Perkara seperti ini tentunya tidak sihat dan akan membuat masyarakat menjadi lebih bengong.

Disamping itu juga ada beberapa bekas ahli kami telah terpileh untuk menjadi Calon dalam Pakatan Pembangkang. Dan salah satu daripada janji Pakatan Pembangkang ialah sekiranya Kerajaan Baru mengambil alih  Pentadbiran Putrajaya maka USNO(Baru) akan diberi kelulusan serta merta.
Dengan adanya persamaan dalam bentuk untuk mendapatkan USNO(Baru) itu diberi kelulusan, maka saya telah membuat penangguhan untuk tidak menurunkan calon-calon kami dalam PRU13 kali ini.