welcome banner

Monday, April 8, 2013

MANIFESTO CALON BEBAS DISOKONG USNO(Baru) PRU13.



                                                  
MANIFESTO  CALON  BEBAS  Disokong oleh USNO (Baru)
SABAH WAJAH BARU, Selepas PRU13.
                                                              
                                                 

                                                                                
Calon Bebas akan menggunakan Simbol yang diluluskan oleh SPR.
Calon Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) menggariskan manifestonya  seperti yang berikut: 

Bebaskan Sabah daripada terus mengikut telunjuk luar dan bersama menjadikan Sabah Wajah Baru selepas PRU13.
Calon Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) yang belum mendapat kelulusan Pendaftarannya sehingga kini oleh kerajaan, yang dipohon pada 10/07/2008, dan Akuan Penerimaan Permohonan Untuk Pendaftaran oleh R.O.S. bertarikh: 08/08/2008, Rujukan: PPM:SBH1602/08 dan PPP: SBH0132/08(2). Dan, surat terakhir Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein secara rasmi dan email; dan salinan Kepada R.O.S KL. Rujukan: US/PER/01/50 bertarikh: 02/04/2012.

Bebas daripada tekanan luar, untuk tidak terpengaruh dan tidak terikut dengan ‘Perjanjian Lama’ bagi menguruskan: Hasil Minyak, Hasil Hutan dan Hasil Percukaian negeri ini. Sesuai dengan Sabah Wajah Baru selepas PRU13 kerana perubahaan ini yang dimahu dan diharapkan oleh rakyat Sabah.

Mendesak dan mengutamakan penempatan pegawai-pegawai anak tempatan menjawat jawatan No:1 & 2 di  Peringkat negeri dan persekutuan. Perkara  ini sudah sekian lama ditunggu dan perlu dilaksanakan segera.

Kebebasan berpolitik kepada semua rakyat, dan memastikan Calon Bebas tempatan yang disokong USNO(Baru) perlu menang dalam PRU13 degan cara yang saksama dan bijaksana.

Campurtangan kuasa luar ke negeri ini dibantah sekeras-kerasnya. Dan tidak akan membiarkan ekonomi negeri ini merosot dan dikaut  hasilnyatanpa memberi bayaran hasil kepada negeri ini.

Mendesak pihak kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup yang kian melambong tinggi dengan memberi subsidi kepada semua barang-barang keperluan harian.

Kebebasan untuk membasmi kemiskinan rakyat luarbandar dan separuh Bandar. Dengan melindungi hak tempatan daripada dibolot dengan menaja subsidi saham percuma kepada Ketua Isi Rumah.

Menyemak semula semua status geran-geran tanah di negeri ini termasuk Tanah: Native Title (NT), Tanah Country Lease (CL), Crown Land, Town Lease, TOL, Tanah Pusaka dan lain2 termasuk tanah Adat. Dan Tanah Tulen Dumpil Meruntum, Putatan.
Kebanyakan daripada pemberian serta perjanjian/ perjanjian luput dan pencukaian pulangan kepada negeri ada yang tidak teratur. Perkara sebigini perlu dibetulkan semula supaya dapat menambah hasil dalam negeri; dan bolehlah disalurkan semula kepada subsidi pengurangan harga barang-barang keperluan dan perbelanjaan kanak-kanak sekolah.

 

IKRAR KAMI ADALAH:-

Atas nama kebenaran; kami rakyat Sabah berikrar akan menyokong Calon BEBAS untuk memelihara hak rakyat tempatan daripada dicerobohi tanpa kerelaan kami.

Maka demi masa depan, kami rakyat tempatan Sabah berikrar:-

  1. Memastikan undi kami kepada parti tempatan, tiket BEBAS yang tidak berbelah bagi, demi  mengekalkan maruah kami dan bumi  Sabah daripada tergadai.
Dengan kemenangannya selepas ini semua merika akan diserapkan kedalam  USNO (Baru).

  1. Memulihkan semula kegemilangan Sabah ke tahap negeri yang masyur dengan keilmuan dan kekayaannya di tangga teratas dengan menyemak semula:
(i)            Perjanjian Cari Gali dan Penjualan Minyak Sabah, dari peringkat permulaan dan seterusnya ke perundingan dan perjanjian baru.     
(ii)           Mendesak kerajaan untuk rundingan semula; Hasil Percukaian oleh Persekutuan yang dipungut di Sabah mestilah 50% dikembalikankan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai punca pendapatan Negeri. Daripada 0% (Kosong) yang berlaku sejak dulu yang berjumlah Bilion Ringgit setahun.
(iii)          Hasil Hutan: a). Pemprosesan  b). Export.

3.    Menyemak semula semua status jenis geran-geran tanah di negeri ini; termasuk TOL; Tanah Pusaka hendaklah diperbetulkan supaya boleh menambah hasil Negeri Sabah.
Dan, khusus untuk ‘Tanah Tulen Dumpil Meruntum’  Putatan, untuk diwartakan semula kepada Pewaris yang Sah. Satu perundingan dan pelaburan kearah Satu Wajah Pembangunan era baru dapat diujudkan.
  1. Memperkenalkan cara baru membasmi taraf kemiskinan melalui: Budaya, Kuasa Tempatan dan Pelaburan, dan berkoperasi; dimana saham perlaburan pertama diberi subsidi oleh kerajaan.
  1. Membangunkan negeri ini, yang kaya dengan hasil masyulnya tersendiri sama ada yang sedia ada ataupun yang belum diterokai; caranya adalah dengan cara ‘dinamik’mengurus dari punca sumber tanah yang tidak teratur dan kuasa Kerajaan Tempatan.
  1. Mengkaji semula dasar Pembangunan dan Pendidikan Negari supaya lebih telus kepada rakyat tempatan Sabah yang 7 tahun terkebelakang dalam kemerdekaan negara.
  1. Memastikan Sabah tetap kekal di dalam Malaysia., dan
  1. Mendesak pihak kerajaan supaya mengawal serta menghentikan semua jenis barang-barang 
  2. jualan daripada terus naik. Dan juga, mempastikan semua harga barang keperluan harian diturunkan supaya kos sara hidup rakyat menurun dengan cara kerajaan memberi subsidi kepada barang-barang tersebut. 
  3.  Kan kerajaan selalu menyiarkan bahawa prestasi Kerajaan dalam kedudukan yang baik dan mendapat pulangan pelaburan yang berlipat ganda.
  4. Jadi adalah disarankan lebih baik Kerajaan menurunkan semua harga barangan untuk membantu rakyat; kerana rakyatlah yang menentukan sebuah Kerajaan. Dari Kerajaan kembali kepada rakyat.  
   12. Berjuang Terus Berjuang kerana mu Sabah.

                                                                                                              
UNDILAH CALON BEBAS YANG DISOKONG OLEH USNO(Baru) PARTI TEMPATAN SABAH.