MANIFESTO CALON
BEBAS Disokong oleh USNO (Baru)
SABAH WAJAH BARU, Selepas PRU13.
Calon Bebas akan menggunakan Simbol yang diluluskan oleh SPR.
Calon
Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) menggariskan manifestonya seperti yang berikut:
Bebaskan Sabah daripada terus mengikut
telunjuk luar dan bersama menjadikan Sabah Wajah Baru selepas PRU13.
Calon Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) yang belum mendapat
kelulusan Pendaftarannya sehingga kini oleh kerajaan, yang dipohon pada
10/07/2008, dan Akuan Penerimaan Permohonan Untuk Pendaftaran oleh R.O.S.
bertarikh: 08/08/2008, Rujukan: PPM:SBH1602/08 dan PPP: SBH0132/08(2). Dan,
surat terakhir Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
secara rasmi dan email; dan salinan Kepada R.O.S KL. Rujukan: US/PER/01/50
bertarikh: 02/04/2012.
Bebas daripada tekanan luar, untuk tidak
terpengaruh dan tidak terikut dengan ‘Perjanjian Lama’ bagi menguruskan: Hasil
Minyak, Hasil Hutan dan Hasil Percukaian negeri ini. Sesuai dengan Sabah Wajah
Baru selepas PRU13 kerana perubahaan ini yang dimahu dan diharapkan oleh rakyat Sabah.
Mendesak dan mengutamakan penempatan pegawai-pegawai anak
tempatan menjawat jawatan No:1 & 2 di
Peringkat negeri dan persekutuan. Perkara ini sudah sekian lama ditunggu dan perlu
dilaksanakan segera.
Kebebasan berpolitik kepada semua rakyat, dan
memastikan Calon Bebas tempatan yang disokong USNO(Baru) perlu menang dalam PRU13
degan cara yang saksama dan bijaksana.
Campurtangan kuasa luar ke negeri ini
dibantah sekeras-kerasnya. Dan tidak akan membiarkan ekonomi negeri ini merosot
dan dikaut hasilnyatanpa memberi bayaran hasil kepada negeri ini.
Mendesak pihak kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup yang kian melambong tinggi dengan memberi subsidi kepada semua barang-barang keperluan harian.
Kebebasan untuk membasmi kemiskinan rakyat
luarbandar dan separuh Bandar. Dengan melindungi hak tempatan
daripada dibolot dengan menaja subsidi saham percuma kepada Ketua Isi Rumah.
Menyemak semula semua status geran-geran
tanah di negeri ini termasuk Tanah: Native Title (NT), Tanah Country Lease
(CL), Crown Land, Town Lease, TOL, Tanah Pusaka dan lain2 termasuk tanah Adat.
Dan Tanah Tulen Dumpil Meruntum, Putatan.
Kebanyakan daripada pemberian serta perjanjian/ perjanjian luput dan pencukaian pulangan kepada negeri ada yang tidak teratur. Perkara sebigini perlu dibetulkan semula supaya dapat menambah hasil dalam negeri; dan bolehlah disalurkan semula kepada subsidi pengurangan harga barang-barang keperluan dan perbelanjaan kanak-kanak sekolah.
Kebanyakan daripada pemberian serta perjanjian/ perjanjian luput dan pencukaian pulangan kepada negeri ada yang tidak teratur. Perkara sebigini perlu dibetulkan semula supaya dapat menambah hasil dalam negeri; dan bolehlah disalurkan semula kepada subsidi pengurangan harga barang-barang keperluan dan perbelanjaan kanak-kanak sekolah.
IKRAR KAMI ADALAH:-
Atas nama kebenaran; kami rakyat Sabah
berikrar akan menyokong Calon BEBAS untuk memelihara hak rakyat tempatan
daripada dicerobohi tanpa kerelaan kami.
Maka demi masa depan, kami rakyat tempatan
Sabah berikrar:-
- Memastikan undi kami kepada parti tempatan, tiket BEBAS yang tidak berbelah bagi, demi mengekalkan maruah kami dan bumi Sabah daripada tergadai.
Dengan kemenangannya
selepas ini semua merika akan diserapkan kedalam USNO (Baru).
- Memulihkan semula kegemilangan Sabah ke tahap negeri yang masyur dengan keilmuan dan kekayaannya di tangga teratas dengan menyemak semula:
(i)
Perjanjian Cari Gali dan Penjualan Minyak Sabah, dari peringkat
permulaan dan seterusnya ke perundingan dan perjanjian baru.
(ii)
Mendesak kerajaan untuk rundingan semula; Hasil Percukaian oleh Persekutuan yang dipungut di Sabah
mestilah 50% dikembalikankan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai punca
pendapatan Negeri. Daripada 0% (Kosong) yang berlaku sejak dulu yang berjumlah Bilion Ringgit setahun.
(iii)
Hasil Hutan: a). Pemprosesan
b). Export.
3.
Menyemak semula semua status jenis geran-geran tanah di negeri
ini; termasuk TOL; Tanah Pusaka hendaklah diperbetulkan supaya boleh menambah hasil Negeri Sabah.
Dan,
khusus untuk ‘Tanah Tulen Dumpil Meruntum’
Putatan, untuk diwartakan semula kepada Pewaris yang Sah. Satu perundingan dan pelaburan kearah Satu Wajah Pembangunan era baru dapat diujudkan.
- Memperkenalkan cara baru membasmi taraf kemiskinan melalui: Budaya, Kuasa Tempatan dan Pelaburan, dan berkoperasi; dimana saham perlaburan pertama diberi subsidi oleh kerajaan.
- Membangunkan negeri ini, yang kaya dengan hasil masyulnya tersendiri sama ada yang sedia ada ataupun yang belum diterokai; caranya adalah dengan cara ‘dinamik’mengurus dari punca sumber tanah yang tidak teratur dan kuasa Kerajaan Tempatan.
- Mengkaji semula dasar Pembangunan dan Pendidikan Negari supaya lebih telus kepada rakyat tempatan Sabah yang 7 tahun terkebelakang dalam kemerdekaan negara.
- Memastikan Sabah tetap kekal di dalam Malaysia., dan
- Mendesak pihak kerajaan supaya mengawal serta menghentikan semua jenis barang-barang
- jualan daripada terus naik. Dan juga, mempastikan semua harga barang keperluan harian diturunkan supaya kos sara hidup rakyat menurun dengan cara kerajaan memberi subsidi kepada barang-barang tersebut.
- Kan kerajaan selalu menyiarkan bahawa prestasi Kerajaan dalam kedudukan yang baik dan mendapat pulangan pelaburan yang berlipat ganda.
- Jadi adalah disarankan lebih baik Kerajaan menurunkan semua harga barangan untuk membantu rakyat; kerana rakyatlah yang menentukan sebuah Kerajaan. Dari Kerajaan kembali kepada rakyat.
12. Berjuang Terus
Berjuang kerana mu Sabah.
UNDILAH
CALON BEBAS YANG DISOKONG OLEH USNO(Baru) PARTI TEMPATAN SABAH.

No comments:
Post a Comment