welcome banner

Saturday, March 30, 2013

Kebajikan Rakyat Termiskin. Miskin Dan Sederhana:


Matlamat Halatuju:

Meneruskan perjuangan asal USNO(Baru) yang diasaskan oleh para pejuang yang terdahulu yang berpegang kepada prinsip bahawa Negeri Sabah kekal diperintah oleh orang tempatan Sabah. Berdikari menjadikan Sabah, Negeri yang termaju dan masyur di Malaysia.


Kebajikan Rakyat Termiskin, Miskin dan Sederhana:

. Kami merancang untuk menyediakan 'Subsidi Bantuan Permulaan' RM  untuk menubuhkan Koperasi. RM100.00/ Share untuk 1keluarga yang sudah berkahwin.
. Kebanyakan pembangunan dan perniagaan perusahaan yang kita rancang disetiap kawasan itu akan dikendalikan oleh pihak Koperasi. .  Keuntungannya kelak bolehlah diagih2kan kepada ahli2nya. Dan kemudahaan pembangunan itu juga akan dinikmati bersama oleh kumpulan sasar.
.  Kita juga telah mengenal pasti ‘punca pendapatan’ dan ‘tempat’ yang boleh mereka ini bertukar barangan dagangan yang boleh mendatangkan hasil
.  Bagi sesetengah kawasan konsepnya sama; apa yang perlu dilakukan hanya pastikan punca dan tempat atau setesen yang orang ramai sering kunjungi dan kepadatan kekeluargaan masyarakat.

.  Kumpulan 'Nelayan Kecil' juga akan diserapkan dengan pendekatan yang sama 'Subsidi Bantuan Permulaan'  RM dan pembelaan kepada kumpulan sasar ini akan mendapat perhatian khusus sebab kita pun sebahagian daripada keluarga Petani dan Nelayan. 

.  Kenaikan 'Naik Taraf Nelayan' kepada ‘Perahu Besar Nelayan Berkumpulan Minima’ dengan 'SUBSIDI BANTUAN NAIK TARAF'  juga menjadi keutamaan kerana harga ikan kini amat tinggi yang membebankan rakyat jelata.

Mengembalikan BUDAYA Mesyarakat BERBUDAYA:

. Banyak yang perlu diperkatakan dalam bidang ini dan kami amat berminat untuk mencadangkan mewujudkan satu jabatan baru yang dinamakan ‘Jabatan Budaya Kemesyarakatan’.  Peranannya adalah untuk membentuk, memulihkan dan melaksankan budaya: Tua, Muda dan Belia yang banyak terhakis dan berpeca bela.
.  Budaya perniagaan untuk Belia harus diserap dan dibentuk semula. Dan lawatan mesyarakat kampong scara berperingkat peringkat ke negeri Kelantan dan negeri2 yang berbudaya maju harus diadakan. Tujuan utamanya adalah untuk menerapkan budaya sihat dan budaya berniaga dikalangan merika.
. Mencadangkan peruntukan khas penubuhan jabatan baru dan pelaksanaanya akan diberi keutamaan dalam bidang ini.


Pembangunan Pendidikan:

.Bidang ini amat kritikal keadaannya masakini, dan teramat penting untuk dibincangoleh Pakar2 dalam  pelaksanaan dan pendekatannya diperingkat negeri Sabah. Dalam perkara ini kami perlu mengunakan ‘konsep’ asas untuk mencari ‘punca sebenar’ dan tindakkan yang drastik. Kami juga perlu untuk mengkaji semula dasar pembangunan Pendidikan terhadap kemasukkan anak2 tempatan ke IPTA dan IPTS.  
Dasar ini telah banyak anak2 tempatan yang tercicir dan ibubapa miskin dan kaya mengerang kesempitan. Juga system Metrocrasi ini perlu dikaji semula untuk di peringkat negeri Sabah Sahaja. 
.Mencari jalan penyelesian; keatas, Apakah langkah2 mengatasi kelambakan keciciran dimana kerajaan cuma melaung2kan pencapaian keputusan ‘A’ sahaja.

.Satu jabatan baru amat perlu diujudkan segera di Sabah atas nama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dibawah kawal selia Negeri Sabah. Tujuan untuk menangani dan mengikuti setiap perkembangan dasar Pembangunan Pendidikan Negara yang banyak kita ketinggalan, sudahpun memang kita ketinggalan 7 tahun merdika daripada di Semananjung. Kita mesti ‘demand quota’ setiap kemasukkan pelajar2 ke peringkat Universiti dan ke pengajian diperingkat diseberang laut. 

Pembangunan Ekonomi:

Banyak perkara yang boleh diperbuat dinegeri ini untuk menaikan ekonomi Sabah. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut: -
1.    Keluaran minyak mentah perlu disemak semula dan perjanjian 5% tidak boleh diterima lagi.
2.     Pembekalan minyak petroleum, diesoline, lubricant, grease etc.perlu disemak semula.
3.   Export beras walaupun pada dasarnya tidak boleh diexport tetapi ada diexport juga. Daripada ianya tidak halal baik dihalalkan sebagai pendapatan negeri.
4.   Review semua perjanjian perjanjian tanah termasuk semua jenis geran yang berkuat kuasa; kerana banyak kes yang tidak inorder. Hasil daripada semua ini dijangkan berbillion.
5.  Dan banyak lagi, itu pun yang disebut diatas, saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman saya bekas pegawai kerajaan negeri dan persekutuan teramat banyak salah laku diperingkat daerah juga di Ibu Pejabat bahawa boleh mencecah beratus billion boleh diperolehi.



Pegawai Kerajaan:

Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, Pegawai dan Majlis Daerah, Polis dan mana mana yang terlibat dalam melaksanakan enforcement sudah tidak lagi menghiraukan batas darimana merika berasal.  Seperti Polis DiRaja Malaysia nama jabatannya tetapi tindak tanduknya menjadikan ianya jadi Polis Raja Di Malaysia. Merika yang menjadi raja. Apa sahaja dibuatnya semua bisa boleh sebab merikalah raja.
Dalam perkara ini sekiranya kami menang, pihak kami akan mencadang suatu perubahan yang harus dibuat untuk penambahbaikan Prestasi dan Image KePolisian yang agak tercemar. Juga menyediakan satu unit khas yang dipanggil ‘Special Task Force’ untuk bergerak khas untuk memantau perkara ini atas keperluan semasa.

Bahagian Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, dan Pegawai dan Majlis Daerah perlu disemak semula peranannya yang tidak menampilkan keberkesanan dalam mengekang penjaja yang meragukan dan penjaja luar seperti PTI.

Mengenai projek pembangunan, inilah yang selalu menjadi rebutan dan juga bualan disana sini. Tanpa disedari pembangunan ini telah menjadi senjata pemusnah dalam arus pembangunan kalau tidak dibendung. Selalu nya pak menteri atau wakil2 rakyatlah yang menjadi pemain dan pelakon yang hebat dalam sandiwara pembangunan ini.
Adalah perlu diperbetulkan peraturan ini bermula dari perancangan, pemeriksaan, sokongan, pembahagian dan perlaksanaan dan pemeriksaan pengesahaan dan pembetulan serta pembayaran dan saluran yang betul.
Jika berlaku sesuatu luar jangka atau penyelewangan; ini bukan sahaja kontraktor yang dipersalahkan dan disurcaj malah pegawai dan Ketua Jabatan yang menawarkan kerja itu juga perlu diambil tindakan dan surcaj yang sama supaya merika lebih bertanggung jawab.

Ketidak adilan dalam perlaksanaan dan pentadbiran dan aduan masyarakat  dalam jabatan atau berlaku diskeriminasi diagensi kerajaan mahupun swasta dan juga mana2 persyarikatan dalam negeri ini akan perlu diambil tindakan segera dan ditangani dengan seadil2nya dalam pendekatan kesamarataan dan ini akan dikendali dan dikerjakan bersama antara jabatan dan juga oleh ‘Special Task Force’.

No comments:

Post a Comment