Sabah Wajah Baru, PRU13
Sejajar dengan Matlamat Halatuju USNO(Baru). Calon Bebas yang disokong penuh oleh USNO(Baru) itu akan meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh para pejuang yang terdahulu ......, kini pewarisnya berhasrat mahu menjadikan Sabah, sebuah negeri yang termaju dan masyur di Malaysia, dengan izin NYA.
Apabila Calon-Calon BEBAS ini menang dalam PRU13 nanti, merika akan diserapkan ke dalam USNO(Baru). Ini adalah Janji dan Ikrar yang dibuat oleh Calon-Calon Bebas yang disokong oleh USNO(Baru).
Dari kaca mata kami; senerio politik di Sabah telah berbedza. Tidak dapat dinafikan bahawa penduduk dan pengundinya punya cita rasa yang berpuak puak. Tidak paya kami menyebutnya tetapi ini adalah satu kenyataan. Dalam hal ini kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati masyarakat yang kami wakili, ATAU mahu menterjemahkan perasaan yang tidak senang itu. Kaum kami terabai dan menyedarinya sekian lama kerana sering menjadi bualan bukan saja oleh orang orang professional malahan diperingkat sokongan dan masyarakat kampung juga. Kami mendapat tekanan seperti satu bentuk penjajahan modern sedang dan telah berlaku terhadap kaum kami.
Sebab itu, saluran yang kami percayai, dan yang boleh menyakinkan kami sejak dulu ialah melalui Parti USNO tetapi ianya telah dilenyapkan. Oleh itu, selagi Parti USNO itu atau pengantinya USNO(Baru) tidak dihidupkan semula selagi itu kaum atau masyarakat kami tidak tunduk walauapa sekali pun akan kami tentang.
Perasaan serupa samalah dengan UMNO di Semananjung. Dan kes nya pun sama dan pernah di perbaharui. Kalau kami tanya kepda pemimpin di Semananjung sana; boleh tak jangan hidupkan semula UMNO(Baru)?. Tentu jawabannya, sama seperti mana yang kami rasai. Jadi kenapa HAK kami dinafikan, sedangkan kita sama berdiri dan berpijak dibumi yang sama lagi nyata.
Sungguhpun demikian, pewaris atau generasi baru kami telah banyak kali mencuba untuk menghidupkan parti kesayangan kami; hinggakan ada 5 kumpulan dalam nada yang sama sudah berusaha untuk mendaftar semula parti itu. Dan kami telah difahamkan oleh pihak ROS KL mengatakan 4 permohonan mengenainya telahpun ditolak. Dan yang tinggal, belum ditolak atau diluluskan hanya 1 lagi iaitu permohonan USNO(Baru), kerana telah memenuhi kesemua syarat yang diperlukan termasuklah Keselamatan dan keperluan Perundangan.
Kami dah boleh menilai kemampuan pemimpin yang sedia ada, merika itu tahu dan bijak, tetapi disebabkan kebijaksanaan merika itu hingga membuat merika terlupa bahawa masyarakat sentiasa memantau kegiatan merika. Pemimpin2 Sabah terutama nya dipujuk dan dibuai mimpi yang indah2 dan diberi segala kemewahan dan Syorga dunia supaya membuatkan merika lalai dan lupa kepada tanggungjawab kepada negerinya.
Contoh dalam isu minyak mentah yang digali dan dikeluarkan dari bumi Sabah; mana dia suara pembelaan pemimpin Sabah? malahan tak menjadi pembela pun, sebaliknya jadi pak turut dan pengabu. Pendekatan dan sandiwara seperti ini sudah TIDAK boleh digunapakai dan dah kuno. Dan orang Sabah tidak boleh diperbodohkan lagi. Semua pujukan itu sengaja dibuat buat supaya tidak menentang apa yang dimahukan oleh kerajaan.
Kalau nak tahu akan akibat dari tindak tanduk segala pujuk rayu yang pemimpin itu terima, dan kesan nya kepada masyarakat adalah tiada lagi pembelaan nya kepada rakyat. Maka itu, terjadilah kesukaran untuk memilih winable candidates sebab rakyat tak nak undi lagi, jadi bertambah sukar dan akan membawa kehancuran pada parti itu sendiri. Kalau permasalahan ini tidak diselesaikan dari sekarang, maka ketidakpuasan hati rakyat akan terus berdendam dan kalau sampai masa maka jadi dan jadilah musibah kepada yang satu pihak.
Contoh dalam isu minyak mentah yang digali dan dikeluarkan dari bumi Sabah; mana dia suara pembelaan pemimpin Sabah? malahan tak menjadi pembela pun, sebaliknya jadi pak turut dan pengabu. Pendekatan dan sandiwara seperti ini sudah TIDAK boleh digunapakai dan dah kuno. Dan orang Sabah tidak boleh diperbodohkan lagi. Semua pujukan itu sengaja dibuat buat supaya tidak menentang apa yang dimahukan oleh kerajaan.
Kalau nak tahu akan akibat dari tindak tanduk segala pujuk rayu yang pemimpin itu terima, dan kesan nya kepada masyarakat adalah tiada lagi pembelaan nya kepada rakyat. Maka itu, terjadilah kesukaran untuk memilih winable candidates sebab rakyat tak nak undi lagi, jadi bertambah sukar dan akan membawa kehancuran pada parti itu sendiri. Kalau permasalahan ini tidak diselesaikan dari sekarang, maka ketidakpuasan hati rakyat akan terus berdendam dan kalau sampai masa maka jadi dan jadilah musibah kepada yang satu pihak.
Dalam PRU13 kali ini memperlihatkan 2 Parti Gergasi (Barisan Nasional
Versus Pakat Rakyat) yang akan bertanding. Dua dua parti gergasi ini
datangnya dari Peringkat Nasional yang mengunakan ayam tempatan. Ini
kisah benar tetapi menyedihkanlah. Apa tidaknya, kita diperlagakan kerana
mahu hidup bergaya tetapi menggunakan harta atau kerita orang lain, sama
seperti mahu menjadi lelaki macho tetapi hakikatnya Pondan. Ini lah yang dikatakan apa boleh buat, guna saja parti PR dari Semananjung sebagai landasan alternatif, asalkan calun yang bertanding itu bukan jadi orang Malaya.
Dengan hujjah yang panjang diatas, sudah pasti peluang baik untuk kami dari parti Bebas tempatan yang disokong oleh USNO(Baru) yang sudah senonim dengan masyarakat dipihak akar umbi.. Tiupan kesukuan kini memuncak bahawa parti import dari Semananjung akan menjajah Sabah. Rakyat Sabah akan lebih berpihak kepada parti Bebas tempatan lebih2 lagi mendapat sokongan dari USNO(Baru) parti tempatan.
Sekarang tidak syak lagi semua yang terpendam itu akan diluahkan dan diterjemahkan melalui peti undi dalam PRU13, dan atau dengan cara yang berbedza bedza yang sukar untuk dikawal.
Dengan tindakan kerajaan yang dibawahnya R.O.S tidak meluluskan parti USNO (Baru) adalah satu langkah yang kurang bijak dan ianya menjadi satu Rahmat kepada USNO(Baru) dimana kami kini akan menurunkan seberapa banyak Calun Bebas yang disokong USNO(Baru) akan mengambil tempat dan peluang dimana gajah sama gajah sedang berjuang bermatian, kami akan menyambut peluang menerima tetamu yang datang.
Bukan sahaja mengambil peluang malah lebih dari itu yang parti tempatan telah sediakan. Tentu ada kebenaran nya bahawa pengaruh USNO itu masih kuat dihati rakyat Sabah. Jadi kalau tidak dilulus pun kami akan tetap buat perhitungan daripada mati kelaparan lebih baik bebuat sesuatu untuk bertindak untuk mempertahankan diri. Calun BEBAS adalah pilihan kami. USNO(Baru) akan menyokong BEBAS dan menurunkan disemua kawasan DUN dan hampir semua kawasan PAR, Dan malahan lebih daripada dugaan yang akan melangkawi batas sampadan dan lautan. Sama2 ikuti perkembangannya nanti.
Dan, jika itu lah kerisauan yang kerajaan takutkan untuk menghidupkan USNO(Baru), maka kami benar benar terima cabaran itu untuk membuktikan bahawa ketakutan ini menjadi satu reality. Bahkan bukan saja USNO(Baru) itu mempunyai pengaruh yang kuat, akan tetapi In Sha Allah, USNO(Baru) akan kembali memerintah Sabah pada PRU13 ini atau lebih dari itu; sama sama kita saksikan kelak.
No comments:
Post a Comment