welcome banner

Monday, July 28, 2014

USNO Baru telah diberi kelulusan 'Kebenaran Pindaan Undang- Undang Baru' berkuatkuasa 05hb Mei 2014.
Ahli Majlis Tertinggi USNO Baru bagi Tahun 2014 - 2017 adalah:

1.   Presiden:                                   Hj. Dulli Bin Tiaseh
2.  Timbalan Presiden:                    Captn (B) Awang Damit Bin Mohamad
3.   Setiausaha Agung:                    Hj. Serin @Hasrin Bin Wang @Awang.
4.   Bendahari Agung:                     Hjh Rainah Hj Abd Ghani.
5.   Penolong Setiausaha Agung:    Muhammad Bin Haji Said
6.   AMT :                                       Mohd. Salleh Bin Haji Mohd Lin
7.   AMT :                                       Hj. Ismail Bin Hj. Mohd Said
8.   AMT :                                       Hj. Abd Sani Marip @ Marif
9.   AMT :                                       Mohd Abdillah Bin Timbasal
10. AMT :                                       Hjh. Jaidah Pilang @Matusin
11. AMT :                                       Ramdan @Mandy Bin Gudan
12. AMT :                                       Manshur @ Manshor Bin OKK Mohd Yassin
13. AMT :                                       Tahir Bin Mushin
14. AMT :                                       Perais Sharif Baba
15. AMT :                                       Rodziah Prinsil
16. AMT :                                       Irian Nanang
17. AMT :                                       Hj. Ahmad Awang.
18. AMT :                                       Dr. Mohd Zakariah Ilyas
19. AMT  ( Dilantik ):                     Kosong
20.  AMT ( Dilantik ):                     Kosong.
21.  Ketua Penerangan:                   Prof. Dr. Harun Pudin
22.  Naib Presiden   ( 2 Dipilih )     Kosong.




Thursday, October 17, 2013

USNO(Baru) HIDUP SEMULA DI BUMI SABAH.

KELULUSAN PENDAFTARAN USNO(Baru)

Pada tanggal 28/08/2013 tarikh keramat buat USNO(Baru) kerana telah selamat didaftarkan semula sebagai parti tempatan di Sabah. 
Yang di Ketuai oleh Presiden penaja nya Tuan Hj Dulli Bin Tiaseh dari Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
Parti USNO yang pada suatu masa dulu pernah memerintah negeri ini beroperasi melalui 5 Pilihan Raya: 1976; 1981;1985; 1986; 1990.yang di Ketuai oleh Arwah Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun.

Dan pada 21/02/1991 parti USNO lama telah dibubarkan dan dimansuhkan pendaftarannya oleh ROS kerana ada beberapa sebab termasuk pelanggaran perundangan. Dan dalam masa yang sama, sama ada sudah dirancang ataupun entah bagaimana atau suatu alternatif untuk membawa Parti UMNO telah dibawa masuk ke negeri ini, Negeri Sabah.  Negeri yang masih muda yang penuh dengan khazanah semula jadi dan yang masih segar dan isi buminya bernilai ribuan billion juta ringgit. 
Sudah menjadi lumrah alam, yang baru itu semua nya disangkakan baik belaka sebab ianya baru. Ibarat nama sepohon kayu yang bernama 'Kayu Baru' yang tumbuhnya rimbun dan mempunyai banyak ranting,  walaupun ianya sudah lama dan dah menjadi buruk tetapi ianya tetap kayu baru.



Gambar ini dipetik pada 02/09/2013 bersamaan pagi hari Isnin untuk menemui Timbalan Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Registry of Societies Malaysia)  Kementerian Dalam Negeri , Bahagian Pengurusan Pertubuhan,  Aras 2, Bangunan Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik.   62542 Putrajaya.
Pintu masuk/keluar ke Pejabat R.O.S di Kuala Lumpur. 



Pada 02hb September 2013, jam 4:00 petang 
Satu Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Parti Politik, 
diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3,  
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, 
Aras 3, Bangunan Chancery Place Jalan Diplomatik,  
62542 PUTRAJAYA.

Penyerahan Sijil Pendaftaran di Sampaikan oleh
KETUA PENGARAH. 
DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN. 
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA. 



 Sijil Pendaftaran USNO(Baru) dengan rasmi saya terima kira-kira jam 4:15 petang pada 02/09/2013 bersamaan hari Isnin.



Inilah Sijil Asal Kelulusan Pendaftaran USNO(Baru) 
bertarikh 28/08/2013 
Parti tempatan untuk Negeri Sabah. 
Diterima oleh Presiden penaja USNO(Baru) 
Tuan HAJI DULLI BIN TIASEH @TIASI.


SEJARAH:
USNO Lama di bubarkan pada 21/02/1991
Dan kini Hidup semula sesudah berberapa usaha oleh 5 Kumpulan 
yang telah berusaha namun gagal hinggalah 
satu usaha yang di Ketuai oleh 
Tuan HJ. DULLI BIN TIASEH @TIASI 
telah berjaya hingga terdaftarnya kelulusan ini pada 28/08/2013.  
Ini bererti USNO lama telah berkubur mulai
21/02/1991  hingga  28/08/2013:  selama 22tahun 6bulan 7hari.

Permohonan rasmi yang lengkap dimajukan untuk mula didaftarkan di ROS Kota Kinabalu 
Pada 08/08/2008 hingga 28/08/2013 memakan masa selama 5tahun 20hari 
untuk mendapat kelulusan. 
Dan selama itu saya berkurung tak boleh berbuat apa-apa pergerakan atau bergiat aktif dalam mana-mana parti politik 
sama ada parti kerajaan mahu pun pembakang. 
Itu adalah salah satu syarat peraturan awal 
sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi dan dilalui oleh setiap pemohon, 
yang diperjelaskan oleh ROS.
Seperti Seksyen 6 Akta Pertubuhan 1966 
supaya mengambil perhatian kepada subseksyen (2) dan (3).


Ini lah Logo dan Bendera USNO(Baru). 
Berasaskan empat nas didalamnya: 
13 Gigi Sproket - Perpaduan Rakyat Malaysia.
 Merah - Berani kerana benar. 
Hijau - Segar, maju dan Sabar. 
Biru - Kemegahan dan Kemakmuran. 
Putih - Suci murni.









PERLEMBAGAAN YANG TELAH DILULUSKAN
Ada 23 Fasal dalam Perlembagaan ini yang akan digunapakai.

FASAL - 9.  JAWATANKUASA PUSAT.
[1]  (I)  Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan Majlis Tertinggi hendaklah dilantik didalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan: -

1.  Presiden
2.  Timbalan Presiden
3.  Setiausaha Agung
4.  Penolong Setiausaha Agung
5.  Bendahari Agung
6.  8 orang Ahli Majlis Tertinggi.

Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Bagi Tahun: Protem Yang Terkini 2013/2014.

1.   Presiden:    Tuan Hj. Dulli Bin Tiaseh.                                Kg Kepayan Putatan, KK.
2.   Timb. Presiden: Captain (B) Awang Damit Mohamad.   Kg. Likas, KK.
3.   Setiausaha Agung:  Mohd Salleh Bin Mohd Lin.              Kg. Bubus Ulu Sipitang.
4.   Bendahari Agung:  Hj.Iskandar Nilus                                 Kg. Nagapas, Papar.
5.   Ketua Penerangan.  Rizal Awang Jad.                              Kg. Inanam Laut, KK
6.   Penolong Setiausaha Agung.  Ibrahim Linggam.             Kg. Taun Gusi Kota Belud.
7.   AMT. Kaiman Buangan                                                       Kg.Timbang Dayang, Kota Belud.
8.   AMT. Brahim Bin Abd. Rahman                                         Lot.4 Taman Malata, Sandakan
9.   AMT. Mokti Darat                                                                 Kg. Pangkalan, Tenghilan.
10. AMT  Justim Sangang                                                         Lot 15 Taman WirajayaTamparuli 
11. Leong Chan Chu                                                                  Kg Limbawang Keningau.
12. Hjh Rainah Bt. Hj Abd. Ghani                                              kg. Kepayan II, Putatan, KK
13. Robert Usak Sigoh                                                              Kg. Nabawan, Keningau.







AHLI JAWATANKUASA PUSAT. USNO(Baru): Protem.
1.  MESYUARAT  PERTAMA 1/2013 AJK PUSAT  TELAH DIADAKAN DIPERKARANGAN RUMAH PRESIDEN DI KG. KEPAYAN II PUTATAN PADA 11hb/SEPTEMBER 2013.

Dalam mesyuarat pertama ini ada sedikit kekeliruan berlaku
 dimana, ada seorang  mantan Ahli Majlis Tertinggi yang sudah meletak jawatan 
dan telah diterima perletakannya  dan dah lama meninggalkan kami kerana menyertai parti lain. 
Beliau berharap dapat dipilih jadi calun dalam PRU13 lalu.
 Tetapi dalam mesyuarat kami beliau timbul tanpa diundang 
secara tiba2 muncul sewaktu mesyuarat sedang berjalan. 
Beliau bukan sahaja untuk jadi pemerhati malahan meminta untuk bercakap sedikit. Atas dasar kawan beliau telah diberi peluang untuk bercakap. Setelah diberi peluang beliau telah berlaku berang dan panas baran sehingga mengeluarkan kata2 kesat dan membaling kunci kerita nya dihadapan Presiden seraya berkata dia mahu bertanding untuk mencabar Presiden dalam pemilihan perwakilan mesyuarat Agung ditahun akan datang 2014.

Mesyuarat telah dapat dikawal oleh Presiden atas dasar setiakawan dan profesionalisme dan mesyuarat kembali normal. 
Perkara sedemikian berlaku kerana banyak orang  terlalu sukakan USNO ini, maka semua pun mahu untuk jadi ketua dan pemimpin. Itulah sebenarnya jenama USNO.


Missi USNO(Baru)

Missi pertama kami telah selesai untuk mendapatkan USNO(Baru) dapat didaftarkan. Missi ini memakan masa selama 5tahun 20hari.

Missi kedua kami juga telah selesai mengesahkan senarai protem dan melengkapkan permohonan untuk penubuhan cawangan. Kini cuma menunggu kelulusan cawangan untuk bergerak mengrekrut ahli2 USNO(Baru). Dan akan menyusun penambahan ahli untuk di gerakan. Tugas tambahan kerja juga telah selesai diagihkan, dan juga aku janji taat setia, kesetiaan  AMT kepada pemimpin; dan Kesetiaan Ahli kepada Parti USNO(Baru).  

Missi seterusnya mengenai HalaTuju untuk mula mengerakkan kemana harus kami nak bawa dan cara untuk mentadbir USNO(Baru) ini. Secara terbuka saya mempelawa inputs dan pandangan luar yang sudi memberi dan berkongsi pendekatan atau bersama membina kearah kegemilangan negeri Sabah.

Ada dua pendekatan yang sedang kami hadapi, sama ada menguna pakai cara USNO(Baru) yang miskin ini seperti yang sedang kami laksanakan sebelum dan sehingga sekarang ini. 
USNO(Baru) ini memang miskin tetapi berjiwa besar dan Ikhlas serta jujur.

ATAU dengan cara Glamour berlaga seperti orang kaya dan yang mewah. Pendekatan dan cara bukan lagi milik kami tetapi lebih kepada kepentingan orang lain. Sebab inilah yang sering diajukan yang menyebabkan segelintir AMT yang ada berpenderian begitu.

2.  MESYUARAT KEDUA 02/2013  PADA13/10/2013 SEJAK KELULUSAN PENDAFTARAN SEMULA USNO(Baru) DILULUSKAN PADA 28/08/2013














Saturday, May 4, 2013

Calon Bebas TIDAK diturunkan dalam penamaan Calon pada 20/04/13.

Pertimbangan telah dibuat untuk tidak menurunkan Calon Bebas yang disokong oleh USNO(Baru) setelah menrima dan mendengar beberapa pandangan dan nasihat dari banyak sudut terutama sekali penyertaan bilangan calon2 bebas yang lain yang akan juga bertanding mencecah hingga 7 calon dalam setiap pertandingan. Perkara seperti ini tentunya tidak sihat dan akan membuat masyarakat menjadi lebih bengong.

Disamping itu juga ada beberapa bekas ahli kami telah terpileh untuk menjadi Calon dalam Pakatan Pembangkang. Dan salah satu daripada janji Pakatan Pembangkang ialah sekiranya Kerajaan Baru mengambil alih  Pentadbiran Putrajaya maka USNO(Baru) akan diberi kelulusan serta merta.
Dengan adanya persamaan dalam bentuk untuk mendapatkan USNO(Baru) itu diberi kelulusan, maka saya telah membuat penangguhan untuk tidak menurunkan calon-calon kami dalam PRU13 kali ini.

Monday, April 8, 2013

MANIFESTO CALON BEBAS DISOKONG USNO(Baru) PRU13.



                                                  
MANIFESTO  CALON  BEBAS  Disokong oleh USNO (Baru)
SABAH WAJAH BARU, Selepas PRU13.
                                                              
                                                 

                                                                                
Calon Bebas akan menggunakan Simbol yang diluluskan oleh SPR.
Calon Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) menggariskan manifestonya  seperti yang berikut: 

Bebaskan Sabah daripada terus mengikut telunjuk luar dan bersama menjadikan Sabah Wajah Baru selepas PRU13.
Calon Bebas ini disokong oleh USNO(Baru) yang belum mendapat kelulusan Pendaftarannya sehingga kini oleh kerajaan, yang dipohon pada 10/07/2008, dan Akuan Penerimaan Permohonan Untuk Pendaftaran oleh R.O.S. bertarikh: 08/08/2008, Rujukan: PPM:SBH1602/08 dan PPP: SBH0132/08(2). Dan, surat terakhir Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein secara rasmi dan email; dan salinan Kepada R.O.S KL. Rujukan: US/PER/01/50 bertarikh: 02/04/2012.

Bebas daripada tekanan luar, untuk tidak terpengaruh dan tidak terikut dengan ‘Perjanjian Lama’ bagi menguruskan: Hasil Minyak, Hasil Hutan dan Hasil Percukaian negeri ini. Sesuai dengan Sabah Wajah Baru selepas PRU13 kerana perubahaan ini yang dimahu dan diharapkan oleh rakyat Sabah.

Mendesak dan mengutamakan penempatan pegawai-pegawai anak tempatan menjawat jawatan No:1 & 2 di  Peringkat negeri dan persekutuan. Perkara  ini sudah sekian lama ditunggu dan perlu dilaksanakan segera.

Kebebasan berpolitik kepada semua rakyat, dan memastikan Calon Bebas tempatan yang disokong USNO(Baru) perlu menang dalam PRU13 degan cara yang saksama dan bijaksana.

Campurtangan kuasa luar ke negeri ini dibantah sekeras-kerasnya. Dan tidak akan membiarkan ekonomi negeri ini merosot dan dikaut  hasilnyatanpa memberi bayaran hasil kepada negeri ini.

Mendesak pihak kerajaan untuk menurunkan kos sara hidup yang kian melambong tinggi dengan memberi subsidi kepada semua barang-barang keperluan harian.

Kebebasan untuk membasmi kemiskinan rakyat luarbandar dan separuh Bandar. Dengan melindungi hak tempatan daripada dibolot dengan menaja subsidi saham percuma kepada Ketua Isi Rumah.

Menyemak semula semua status geran-geran tanah di negeri ini termasuk Tanah: Native Title (NT), Tanah Country Lease (CL), Crown Land, Town Lease, TOL, Tanah Pusaka dan lain2 termasuk tanah Adat. Dan Tanah Tulen Dumpil Meruntum, Putatan.
Kebanyakan daripada pemberian serta perjanjian/ perjanjian luput dan pencukaian pulangan kepada negeri ada yang tidak teratur. Perkara sebigini perlu dibetulkan semula supaya dapat menambah hasil dalam negeri; dan bolehlah disalurkan semula kepada subsidi pengurangan harga barang-barang keperluan dan perbelanjaan kanak-kanak sekolah.

 

IKRAR KAMI ADALAH:-

Atas nama kebenaran; kami rakyat Sabah berikrar akan menyokong Calon BEBAS untuk memelihara hak rakyat tempatan daripada dicerobohi tanpa kerelaan kami.

Maka demi masa depan, kami rakyat tempatan Sabah berikrar:-

  1. Memastikan undi kami kepada parti tempatan, tiket BEBAS yang tidak berbelah bagi, demi  mengekalkan maruah kami dan bumi  Sabah daripada tergadai.
Dengan kemenangannya selepas ini semua merika akan diserapkan kedalam  USNO (Baru).

  1. Memulihkan semula kegemilangan Sabah ke tahap negeri yang masyur dengan keilmuan dan kekayaannya di tangga teratas dengan menyemak semula:
(i)            Perjanjian Cari Gali dan Penjualan Minyak Sabah, dari peringkat permulaan dan seterusnya ke perundingan dan perjanjian baru.     
(ii)           Mendesak kerajaan untuk rundingan semula; Hasil Percukaian oleh Persekutuan yang dipungut di Sabah mestilah 50% dikembalikankan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai punca pendapatan Negeri. Daripada 0% (Kosong) yang berlaku sejak dulu yang berjumlah Bilion Ringgit setahun.
(iii)          Hasil Hutan: a). Pemprosesan  b). Export.

3.    Menyemak semula semua status jenis geran-geran tanah di negeri ini; termasuk TOL; Tanah Pusaka hendaklah diperbetulkan supaya boleh menambah hasil Negeri Sabah.
Dan, khusus untuk ‘Tanah Tulen Dumpil Meruntum’  Putatan, untuk diwartakan semula kepada Pewaris yang Sah. Satu perundingan dan pelaburan kearah Satu Wajah Pembangunan era baru dapat diujudkan.
  1. Memperkenalkan cara baru membasmi taraf kemiskinan melalui: Budaya, Kuasa Tempatan dan Pelaburan, dan berkoperasi; dimana saham perlaburan pertama diberi subsidi oleh kerajaan.
  1. Membangunkan negeri ini, yang kaya dengan hasil masyulnya tersendiri sama ada yang sedia ada ataupun yang belum diterokai; caranya adalah dengan cara ‘dinamik’mengurus dari punca sumber tanah yang tidak teratur dan kuasa Kerajaan Tempatan.
  1. Mengkaji semula dasar Pembangunan dan Pendidikan Negari supaya lebih telus kepada rakyat tempatan Sabah yang 7 tahun terkebelakang dalam kemerdekaan negara.
  1. Memastikan Sabah tetap kekal di dalam Malaysia., dan
  1. Mendesak pihak kerajaan supaya mengawal serta menghentikan semua jenis barang-barang 
  2. jualan daripada terus naik. Dan juga, mempastikan semua harga barang keperluan harian diturunkan supaya kos sara hidup rakyat menurun dengan cara kerajaan memberi subsidi kepada barang-barang tersebut. 
  3.  Kan kerajaan selalu menyiarkan bahawa prestasi Kerajaan dalam kedudukan yang baik dan mendapat pulangan pelaburan yang berlipat ganda.
  4. Jadi adalah disarankan lebih baik Kerajaan menurunkan semua harga barangan untuk membantu rakyat; kerana rakyatlah yang menentukan sebuah Kerajaan. Dari Kerajaan kembali kepada rakyat.  
   12. Berjuang Terus Berjuang kerana mu Sabah.

                                                                                                              
UNDILAH CALON BEBAS YANG DISOKONG OLEH USNO(Baru) PARTI TEMPATAN SABAH.




  

Saturday, March 30, 2013

Kebajikan Rakyat Termiskin. Miskin Dan Sederhana:


Matlamat Halatuju:

Meneruskan perjuangan asal USNO(Baru) yang diasaskan oleh para pejuang yang terdahulu yang berpegang kepada prinsip bahawa Negeri Sabah kekal diperintah oleh orang tempatan Sabah. Berdikari menjadikan Sabah, Negeri yang termaju dan masyur di Malaysia.


Kebajikan Rakyat Termiskin, Miskin dan Sederhana:

. Kami merancang untuk menyediakan 'Subsidi Bantuan Permulaan' RM  untuk menubuhkan Koperasi. RM100.00/ Share untuk 1keluarga yang sudah berkahwin.
. Kebanyakan pembangunan dan perniagaan perusahaan yang kita rancang disetiap kawasan itu akan dikendalikan oleh pihak Koperasi. .  Keuntungannya kelak bolehlah diagih2kan kepada ahli2nya. Dan kemudahaan pembangunan itu juga akan dinikmati bersama oleh kumpulan sasar.
.  Kita juga telah mengenal pasti ‘punca pendapatan’ dan ‘tempat’ yang boleh mereka ini bertukar barangan dagangan yang boleh mendatangkan hasil
.  Bagi sesetengah kawasan konsepnya sama; apa yang perlu dilakukan hanya pastikan punca dan tempat atau setesen yang orang ramai sering kunjungi dan kepadatan kekeluargaan masyarakat.

.  Kumpulan 'Nelayan Kecil' juga akan diserapkan dengan pendekatan yang sama 'Subsidi Bantuan Permulaan'  RM dan pembelaan kepada kumpulan sasar ini akan mendapat perhatian khusus sebab kita pun sebahagian daripada keluarga Petani dan Nelayan. 

.  Kenaikan 'Naik Taraf Nelayan' kepada ‘Perahu Besar Nelayan Berkumpulan Minima’ dengan 'SUBSIDI BANTUAN NAIK TARAF'  juga menjadi keutamaan kerana harga ikan kini amat tinggi yang membebankan rakyat jelata.

Mengembalikan BUDAYA Mesyarakat BERBUDAYA:

. Banyak yang perlu diperkatakan dalam bidang ini dan kami amat berminat untuk mencadangkan mewujudkan satu jabatan baru yang dinamakan ‘Jabatan Budaya Kemesyarakatan’.  Peranannya adalah untuk membentuk, memulihkan dan melaksankan budaya: Tua, Muda dan Belia yang banyak terhakis dan berpeca bela.
.  Budaya perniagaan untuk Belia harus diserap dan dibentuk semula. Dan lawatan mesyarakat kampong scara berperingkat peringkat ke negeri Kelantan dan negeri2 yang berbudaya maju harus diadakan. Tujuan utamanya adalah untuk menerapkan budaya sihat dan budaya berniaga dikalangan merika.
. Mencadangkan peruntukan khas penubuhan jabatan baru dan pelaksanaanya akan diberi keutamaan dalam bidang ini.


Pembangunan Pendidikan:

.Bidang ini amat kritikal keadaannya masakini, dan teramat penting untuk dibincangoleh Pakar2 dalam  pelaksanaan dan pendekatannya diperingkat negeri Sabah. Dalam perkara ini kami perlu mengunakan ‘konsep’ asas untuk mencari ‘punca sebenar’ dan tindakkan yang drastik. Kami juga perlu untuk mengkaji semula dasar pembangunan Pendidikan terhadap kemasukkan anak2 tempatan ke IPTA dan IPTS.  
Dasar ini telah banyak anak2 tempatan yang tercicir dan ibubapa miskin dan kaya mengerang kesempitan. Juga system Metrocrasi ini perlu dikaji semula untuk di peringkat negeri Sabah Sahaja. 
.Mencari jalan penyelesian; keatas, Apakah langkah2 mengatasi kelambakan keciciran dimana kerajaan cuma melaung2kan pencapaian keputusan ‘A’ sahaja.

.Satu jabatan baru amat perlu diujudkan segera di Sabah atas nama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dibawah kawal selia Negeri Sabah. Tujuan untuk menangani dan mengikuti setiap perkembangan dasar Pembangunan Pendidikan Negara yang banyak kita ketinggalan, sudahpun memang kita ketinggalan 7 tahun merdika daripada di Semananjung. Kita mesti ‘demand quota’ setiap kemasukkan pelajar2 ke peringkat Universiti dan ke pengajian diperingkat diseberang laut. 

Pembangunan Ekonomi:

Banyak perkara yang boleh diperbuat dinegeri ini untuk menaikan ekonomi Sabah. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut: -
1.    Keluaran minyak mentah perlu disemak semula dan perjanjian 5% tidak boleh diterima lagi.
2.     Pembekalan minyak petroleum, diesoline, lubricant, grease etc.perlu disemak semula.
3.   Export beras walaupun pada dasarnya tidak boleh diexport tetapi ada diexport juga. Daripada ianya tidak halal baik dihalalkan sebagai pendapatan negeri.
4.   Review semua perjanjian perjanjian tanah termasuk semua jenis geran yang berkuat kuasa; kerana banyak kes yang tidak inorder. Hasil daripada semua ini dijangkan berbillion.
5.  Dan banyak lagi, itu pun yang disebut diatas, saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman saya bekas pegawai kerajaan negeri dan persekutuan teramat banyak salah laku diperingkat daerah juga di Ibu Pejabat bahawa boleh mencecah beratus billion boleh diperolehi.



Pegawai Kerajaan:

Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, Pegawai dan Majlis Daerah, Polis dan mana mana yang terlibat dalam melaksanakan enforcement sudah tidak lagi menghiraukan batas darimana merika berasal.  Seperti Polis DiRaja Malaysia nama jabatannya tetapi tindak tanduknya menjadikan ianya jadi Polis Raja Di Malaysia. Merika yang menjadi raja. Apa sahaja dibuatnya semua bisa boleh sebab merikalah raja.
Dalam perkara ini sekiranya kami menang, pihak kami akan mencadang suatu perubahan yang harus dibuat untuk penambahbaikan Prestasi dan Image KePolisian yang agak tercemar. Juga menyediakan satu unit khas yang dipanggil ‘Special Task Force’ untuk bergerak khas untuk memantau perkara ini atas keperluan semasa.

Bahagian Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, dan Pegawai dan Majlis Daerah perlu disemak semula peranannya yang tidak menampilkan keberkesanan dalam mengekang penjaja yang meragukan dan penjaja luar seperti PTI.

Mengenai projek pembangunan, inilah yang selalu menjadi rebutan dan juga bualan disana sini. Tanpa disedari pembangunan ini telah menjadi senjata pemusnah dalam arus pembangunan kalau tidak dibendung. Selalu nya pak menteri atau wakil2 rakyatlah yang menjadi pemain dan pelakon yang hebat dalam sandiwara pembangunan ini.
Adalah perlu diperbetulkan peraturan ini bermula dari perancangan, pemeriksaan, sokongan, pembahagian dan perlaksanaan dan pemeriksaan pengesahaan dan pembetulan serta pembayaran dan saluran yang betul.
Jika berlaku sesuatu luar jangka atau penyelewangan; ini bukan sahaja kontraktor yang dipersalahkan dan disurcaj malah pegawai dan Ketua Jabatan yang menawarkan kerja itu juga perlu diambil tindakan dan surcaj yang sama supaya merika lebih bertanggung jawab.

Ketidak adilan dalam perlaksanaan dan pentadbiran dan aduan masyarakat  dalam jabatan atau berlaku diskeriminasi diagensi kerajaan mahupun swasta dan juga mana2 persyarikatan dalam negeri ini akan perlu diambil tindakan segera dan ditangani dengan seadil2nya dalam pendekatan kesamarataan dan ini akan dikendali dan dikerjakan bersama antara jabatan dan juga oleh ‘Special Task Force’.