USNO(Baru) HIDUP SEMULA DI BUMI SABAH.
KELULUSAN PENDAFTARAN USNO(Baru)Pada tanggal 28/08/2013 tarikh keramat buat USNO(Baru) kerana telah selamat didaftarkan semula sebagai parti tempatan di Sabah.
Yang di Ketuai oleh Presiden penaja nya Tuan Hj Dulli Bin Tiaseh dari Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.
Parti USNO yang pada suatu masa dulu pernah memerintah negeri ini beroperasi melalui 5 Pilihan Raya: 1976; 1981;1985; 1986; 1990.yang di Ketuai oleh Arwah Tun Datu Hj Mustapha Bin Datu Harun.
Dan pada 21/02/1991 parti USNO lama telah dibubarkan dan dimansuhkan pendaftarannya oleh ROS kerana ada beberapa sebab termasuk pelanggaran perundangan. Dan dalam masa yang sama, sama ada sudah dirancang ataupun entah bagaimana atau suatu alternatif untuk membawa Parti UMNO telah dibawa masuk ke negeri ini, Negeri Sabah. Negeri yang masih muda yang penuh dengan khazanah semula jadi dan yang masih segar dan isi buminya bernilai ribuan billion juta ringgit.
Sudah menjadi lumrah alam, yang baru itu semua nya disangkakan baik belaka sebab ianya baru. Ibarat nama sepohon kayu yang bernama 'Kayu Baru' yang tumbuhnya rimbun dan mempunyai banyak ranting, walaupun ianya sudah lama dan dah menjadi buruk tetapi ianya tetap kayu baru.
Gambar ini dipetik pada 02/09/2013 bersamaan pagi hari Isnin untuk menemui Timbalan Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Registry of Societies Malaysia) Kementerian Dalam Negeri , Bahagian Pengurusan Pertubuhan, Aras 2, Bangunan Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik. 62542 Putrajaya.
Pintu masuk/keluar ke Pejabat R.O.S di Kuala Lumpur.

Pada 02hb September 2013, jam 4:00 petang
Satu Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Parti Politik,
diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3,
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,
Aras 3, Bangunan Chancery Place Jalan Diplomatik,
62542 PUTRAJAYA.
Penyerahan Sijil Pendaftaran di Sampaikan oleh
KETUA PENGARAH.
DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN.
PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.

Sijil Pendaftaran USNO(Baru) dengan rasmi saya terima kira-kira jam 4:15 petang pada 02/09/2013 bersamaan hari Isnin.
Inilah Sijil Asal Kelulusan Pendaftaran USNO(Baru)
bertarikh 28/08/2013
Parti tempatan untuk Negeri Sabah.
Diterima oleh Presiden penaja USNO(Baru)
Tuan HAJI DULLI BIN TIASEH @TIASI.
SEJARAH:
USNO Lama di bubarkan pada 21/02/1991.
Dan kini Hidup semula sesudah berberapa usaha oleh 5 Kumpulan
yang telah berusaha namun gagal hinggalah
satu usaha yang di Ketuai oleh
Tuan HJ. DULLI BIN TIASEH @TIASI
telah berjaya hingga terdaftarnya kelulusan ini pada 28/08/2013.
Ini bererti USNO lama telah berkubur mulai :
21/02/1991 hingga 28/08/2013: selama 22tahun 6bulan 7hari.
Permohonan rasmi yang lengkap dimajukan untuk mula didaftarkan di ROS Kota Kinabalu
Pada 08/08/2008 hingga 28/08/2013 memakan masa selama 5tahun 20hari
untuk mendapat kelulusan.
Dan selama itu saya berkurung tak boleh berbuat apa-apa pergerakan atau bergiat aktif dalam mana-mana parti politik
sama ada parti kerajaan mahu pun pembakang.
Itu adalah salah satu syarat peraturan awal
sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi dan dilalui oleh setiap pemohon,
yang diperjelaskan oleh ROS.
Seperti Seksyen 6 Akta Pertubuhan 1966
supaya mengambil perhatian kepada subseksyen (2) dan (3).
Ini lah Logo dan Bendera USNO(Baru).
Berasaskan empat nas didalamnya:
13 Gigi Sproket - Perpaduan Rakyat Malaysia.
Merah - Berani kerana benar.
Hijau - Segar, maju dan Sabar.
Biru - Kemegahan dan Kemakmuran.
Putih - Suci murni.


PERLEMBAGAAN YANG TELAH DILULUSKAN
Ada 23 Fasal dalam Perlembagaan ini yang akan digunapakai.
FASAL - 9. JAWATANKUASA PUSAT.
[1] (I) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan Majlis Tertinggi hendaklah dilantik didalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan: -
1. Presiden
2. Timbalan Presiden
3. Setiausaha Agung
4. Penolong Setiausaha Agung
5. Bendahari Agung
6. 8 orang Ahli Majlis Tertinggi.
Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Bagi Tahun: Protem Yang Terkini 2013/2014.
1. Presiden: Tuan Hj. Dulli Bin Tiaseh. Kg Kepayan Putatan, KK.
2. Timb. Presiden: Captain (B) Awang Damit Mohamad. Kg. Likas, KK.
3. Setiausaha Agung: Mohd Salleh Bin Mohd Lin. Kg. Bubus Ulu Sipitang.
4. Bendahari Agung: Hj.Iskandar Nilus Kg. Nagapas, Papar.
5. Ketua Penerangan. Rizal Awang Jad. Kg. Inanam Laut, KK
6. Penolong Setiausaha Agung. Ibrahim Linggam. Kg. Taun Gusi Kota Belud.
7. AMT. Kaiman Buangan Kg.Timbang Dayang, Kota Belud.
8. AMT. Brahim Bin Abd. Rahman Lot.4 Taman Malata, Sandakan
9. AMT. Mokti Darat Kg. Pangkalan, Tenghilan.
10. AMT Justim Sangang Lot 15 Taman WirajayaTamparuli
11. Leong Chan Chu Kg Limbawang Keningau.
12. Hjh Rainah Bt. Hj Abd. Ghani kg. Kepayan II, Putatan, KK
13. Robert Usak Sigoh Kg. Nabawan, Keningau.
AHLI JAWATANKUASA PUSAT. USNO(Baru): Protem.
1. MESYUARAT PERTAMA 1/2013 AJK PUSAT TELAH DIADAKAN DIPERKARANGAN RUMAH PRESIDEN DI KG. KEPAYAN II PUTATAN PADA 11hb/SEPTEMBER 2013.
Dalam mesyuarat pertama ini ada sedikit kekeliruan berlaku
dimana, ada seorang mantan Ahli Majlis Tertinggi yang sudah meletak jawatan
dan telah diterima perletakannya dan dah lama meninggalkan kami kerana menyertai parti lain.
Beliau berharap dapat dipilih jadi calun dalam PRU13 lalu.
Tetapi dalam mesyuarat kami beliau timbul tanpa diundang
secara tiba2 muncul sewaktu mesyuarat sedang berjalan.
Beliau bukan sahaja untuk jadi pemerhati malahan meminta untuk bercakap sedikit. Atas dasar kawan beliau telah diberi peluang untuk bercakap. Setelah diberi peluang beliau telah berlaku berang dan panas baran sehingga mengeluarkan kata2 kesat dan membaling kunci kerita nya dihadapan Presiden seraya berkata dia mahu bertanding untuk mencabar Presiden dalam pemilihan perwakilan mesyuarat Agung ditahun akan datang 2014.
Mesyuarat telah dapat dikawal oleh Presiden atas dasar setiakawan dan profesionalisme dan mesyuarat kembali normal.
Perkara sedemikian berlaku kerana banyak orang terlalu sukakan USNO ini, maka semua pun mahu untuk jadi ketua dan pemimpin. Itulah sebenarnya jenama USNO.
Missi pertama kami telah selesai untuk mendapatkan USNO(Baru) dapat didaftarkan. Missi ini memakan masa selama 5tahun 20hari.
Missi kedua kami juga telah selesai mengesahkan senarai protem dan melengkapkan permohonan untuk penubuhan cawangan. Kini cuma menunggu kelulusan cawangan untuk bergerak mengrekrut ahli2 USNO(Baru). Dan akan menyusun penambahan ahli untuk di gerakan. Tugas tambahan kerja juga telah selesai diagihkan, dan juga aku janji taat setia, kesetiaan AMT kepada pemimpin; dan Kesetiaan Ahli kepada Parti USNO(Baru).
Missi seterusnya mengenai HalaTuju untuk mula mengerakkan kemana harus kami nak bawa dan cara untuk mentadbir USNO(Baru) ini. Secara terbuka saya mempelawa inputs dan pandangan luar yang sudi memberi dan berkongsi pendekatan atau bersama membina kearah kegemilangan negeri Sabah.
Ada dua pendekatan yang sedang kami hadapi, sama ada menguna pakai cara USNO(Baru) yang miskin ini seperti yang sedang kami laksanakan sebelum dan sehingga sekarang ini.
USNO(Baru) ini memang miskin tetapi berjiwa besar dan Ikhlas serta jujur.
ATAU dengan cara Glamour berlaga seperti orang kaya dan yang mewah. Pendekatan dan cara bukan lagi milik kami tetapi lebih kepada kepentingan orang lain. Sebab inilah yang sering diajukan yang menyebabkan segelintir AMT yang ada berpenderian begitu.
2. MESYUARAT KEDUA 02/2013 PADA13/10/2013 SEJAK KELULUSAN PENDAFTARAN SEMULA USNO(Baru) DILULUSKAN PADA 28/08/2013





