welcome banner

Saturday, March 30, 2013

Kebajikan Rakyat Termiskin. Miskin Dan Sederhana:


Matlamat Halatuju:

Meneruskan perjuangan asal USNO(Baru) yang diasaskan oleh para pejuang yang terdahulu yang berpegang kepada prinsip bahawa Negeri Sabah kekal diperintah oleh orang tempatan Sabah. Berdikari menjadikan Sabah, Negeri yang termaju dan masyur di Malaysia.


Kebajikan Rakyat Termiskin, Miskin dan Sederhana:

. Kami merancang untuk menyediakan 'Subsidi Bantuan Permulaan' RM  untuk menubuhkan Koperasi. RM100.00/ Share untuk 1keluarga yang sudah berkahwin.
. Kebanyakan pembangunan dan perniagaan perusahaan yang kita rancang disetiap kawasan itu akan dikendalikan oleh pihak Koperasi. .  Keuntungannya kelak bolehlah diagih2kan kepada ahli2nya. Dan kemudahaan pembangunan itu juga akan dinikmati bersama oleh kumpulan sasar.
.  Kita juga telah mengenal pasti ‘punca pendapatan’ dan ‘tempat’ yang boleh mereka ini bertukar barangan dagangan yang boleh mendatangkan hasil
.  Bagi sesetengah kawasan konsepnya sama; apa yang perlu dilakukan hanya pastikan punca dan tempat atau setesen yang orang ramai sering kunjungi dan kepadatan kekeluargaan masyarakat.

.  Kumpulan 'Nelayan Kecil' juga akan diserapkan dengan pendekatan yang sama 'Subsidi Bantuan Permulaan'  RM dan pembelaan kepada kumpulan sasar ini akan mendapat perhatian khusus sebab kita pun sebahagian daripada keluarga Petani dan Nelayan. 

.  Kenaikan 'Naik Taraf Nelayan' kepada ‘Perahu Besar Nelayan Berkumpulan Minima’ dengan 'SUBSIDI BANTUAN NAIK TARAF'  juga menjadi keutamaan kerana harga ikan kini amat tinggi yang membebankan rakyat jelata.

Mengembalikan BUDAYA Mesyarakat BERBUDAYA:

. Banyak yang perlu diperkatakan dalam bidang ini dan kami amat berminat untuk mencadangkan mewujudkan satu jabatan baru yang dinamakan ‘Jabatan Budaya Kemesyarakatan’.  Peranannya adalah untuk membentuk, memulihkan dan melaksankan budaya: Tua, Muda dan Belia yang banyak terhakis dan berpeca bela.
.  Budaya perniagaan untuk Belia harus diserap dan dibentuk semula. Dan lawatan mesyarakat kampong scara berperingkat peringkat ke negeri Kelantan dan negeri2 yang berbudaya maju harus diadakan. Tujuan utamanya adalah untuk menerapkan budaya sihat dan budaya berniaga dikalangan merika.
. Mencadangkan peruntukan khas penubuhan jabatan baru dan pelaksanaanya akan diberi keutamaan dalam bidang ini.


Pembangunan Pendidikan:

.Bidang ini amat kritikal keadaannya masakini, dan teramat penting untuk dibincangoleh Pakar2 dalam  pelaksanaan dan pendekatannya diperingkat negeri Sabah. Dalam perkara ini kami perlu mengunakan ‘konsep’ asas untuk mencari ‘punca sebenar’ dan tindakkan yang drastik. Kami juga perlu untuk mengkaji semula dasar pembangunan Pendidikan terhadap kemasukkan anak2 tempatan ke IPTA dan IPTS.  
Dasar ini telah banyak anak2 tempatan yang tercicir dan ibubapa miskin dan kaya mengerang kesempitan. Juga system Metrocrasi ini perlu dikaji semula untuk di peringkat negeri Sabah Sahaja. 
.Mencari jalan penyelesian; keatas, Apakah langkah2 mengatasi kelambakan keciciran dimana kerajaan cuma melaung2kan pencapaian keputusan ‘A’ sahaja.

.Satu jabatan baru amat perlu diujudkan segera di Sabah atas nama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dibawah kawal selia Negeri Sabah. Tujuan untuk menangani dan mengikuti setiap perkembangan dasar Pembangunan Pendidikan Negara yang banyak kita ketinggalan, sudahpun memang kita ketinggalan 7 tahun merdika daripada di Semananjung. Kita mesti ‘demand quota’ setiap kemasukkan pelajar2 ke peringkat Universiti dan ke pengajian diperingkat diseberang laut. 

Pembangunan Ekonomi:

Banyak perkara yang boleh diperbuat dinegeri ini untuk menaikan ekonomi Sabah. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut: -
1.    Keluaran minyak mentah perlu disemak semula dan perjanjian 5% tidak boleh diterima lagi.
2.     Pembekalan minyak petroleum, diesoline, lubricant, grease etc.perlu disemak semula.
3.   Export beras walaupun pada dasarnya tidak boleh diexport tetapi ada diexport juga. Daripada ianya tidak halal baik dihalalkan sebagai pendapatan negeri.
4.   Review semua perjanjian perjanjian tanah termasuk semua jenis geran yang berkuat kuasa; kerana banyak kes yang tidak inorder. Hasil daripada semua ini dijangkan berbillion.
5.  Dan banyak lagi, itu pun yang disebut diatas, saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman saya bekas pegawai kerajaan negeri dan persekutuan teramat banyak salah laku diperingkat daerah juga di Ibu Pejabat bahawa boleh mencecah beratus billion boleh diperolehi.



Pegawai Kerajaan:

Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, Pegawai dan Majlis Daerah, Polis dan mana mana yang terlibat dalam melaksanakan enforcement sudah tidak lagi menghiraukan batas darimana merika berasal.  Seperti Polis DiRaja Malaysia nama jabatannya tetapi tindak tanduknya menjadikan ianya jadi Polis Raja Di Malaysia. Merika yang menjadi raja. Apa sahaja dibuatnya semua bisa boleh sebab merikalah raja.
Dalam perkara ini sekiranya kami menang, pihak kami akan mencadang suatu perubahan yang harus dibuat untuk penambahbaikan Prestasi dan Image KePolisian yang agak tercemar. Juga menyediakan satu unit khas yang dipanggil ‘Special Task Force’ untuk bergerak khas untuk memantau perkara ini atas keperluan semasa.

Bahagian Penguatkuasa Kerajaan Tempatan, dan Pegawai dan Majlis Daerah perlu disemak semula peranannya yang tidak menampilkan keberkesanan dalam mengekang penjaja yang meragukan dan penjaja luar seperti PTI.

Mengenai projek pembangunan, inilah yang selalu menjadi rebutan dan juga bualan disana sini. Tanpa disedari pembangunan ini telah menjadi senjata pemusnah dalam arus pembangunan kalau tidak dibendung. Selalu nya pak menteri atau wakil2 rakyatlah yang menjadi pemain dan pelakon yang hebat dalam sandiwara pembangunan ini.
Adalah perlu diperbetulkan peraturan ini bermula dari perancangan, pemeriksaan, sokongan, pembahagian dan perlaksanaan dan pemeriksaan pengesahaan dan pembetulan serta pembayaran dan saluran yang betul.
Jika berlaku sesuatu luar jangka atau penyelewangan; ini bukan sahaja kontraktor yang dipersalahkan dan disurcaj malah pegawai dan Ketua Jabatan yang menawarkan kerja itu juga perlu diambil tindakan dan surcaj yang sama supaya merika lebih bertanggung jawab.

Ketidak adilan dalam perlaksanaan dan pentadbiran dan aduan masyarakat  dalam jabatan atau berlaku diskeriminasi diagensi kerajaan mahupun swasta dan juga mana2 persyarikatan dalam negeri ini akan perlu diambil tindakan segera dan ditangani dengan seadil2nya dalam pendekatan kesamarataan dan ini akan dikendali dan dikerjakan bersama antara jabatan dan juga oleh ‘Special Task Force’.

Thursday, March 28, 2013

PERMOHONAN PENDAFTARAN BARU







 






MATALAMAT HALATUJU.

Meneruskan perjuangan asal USNO(Baru) yang diasaskan oleh para pejuang yang terdulu yang berpegang kepada prinsip bahawa Negeri Sabah kekal diperintah oleh Orang Asal Tempatan Sabah.  Berdikari sebagai negeri yang termaju dan masyur di Malaysia.

Parti Politik Tempatan.
Sabah Wajah Baru selepas PRU13

Calon BEBAS yang disokong oleh USNO(Baru)  (Yang belum mendapat kelulusan pendaftaran nya sehingga kini oleh kerajaan Federal, yang dipohon pada 10/07/2008. Surat akuan penerimaan permohonan Untuk Pendaftaran oleh R.O.S bertarikh 08/08/2008, Rujukan: PPM:SBH1602/08, dan PPP:  SBH0132/08 (2).  )   apabila menang nanti akan diserapkan ke dalam USNO(Baru).

Sabah memerlukan sebuah parti tempatan seperti USNO(Baru) dan bukan parti yang diimport.
Pelbagai usaha pihak tertentu termasuk mahu membeli dan mengambil alih dengan ganti rugi sebuah parti tempatan yang sudah berdaftar juga gagal disebabkan ada unsur penipuan.

Dalam pada itu, usaha juga telah dan sedang dijalankan bagi memastikan USNO(Baru) dapat didaftarkan sebelum PRU13, namun pihak pemerintahaan persekutuan memandang sepi dan berdalih sama ada tidak menolak atau tidak juga meluluskan.  Walhal, kesemua keperluan yang mereka perlukan telah lengkap memenuhi semua syarat termasuklah laporan keselamatan dan keperluan perundangan.

Pada 17/01/2012 kami telah dipanggil di Pejabat R.O.S Kota Kinabalu untuk perjumpaan dengan rombongan Timbalan Menteri Dalam Negeri intuk mengetahui dengan lebih dekat lagi penjelasan kami mengapa harus parti USNO(Baru) didaftarkan.
Dan kami telah dimaklumkan bahawa laporan lengkap oleh Timbalan Menteri kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah dimajukan untuk kelulusan.  Sehingga kini tidak ada apa-apa tanda keputusannya, sedangkan PRU13 semakin hampir.

Jelas sekali bahawa Pentadbiran Pemerintahaan Federal tidak telus terhadap Sabah, maka dengan keputusan itu kami terpaksa membuat keputusan selaras dengan Matlamat Halatuju kami USNO(Baru).



Kebebasan untuk membasmi kemiskinan rakyat luarbandar dan separuh bandar. Dan kebebasan melindungi Hak Rakyat Tempatan daripada dibolot.

Menyemak semula semua status geran-geran tanah dinegeri ini termasuk tanah-tanah: Native Tirle (NT), Tanah Country Lease (CL), Crown Land, Town Lease, TOL, Tanah Pusaka dan lain2 tanah termasuklah Tanah Adat, dan Tanah Tulen Dumpil Meruntum, Putatan. Kota Kinabalu.



TUJUAN DAN MATLAMAT USNO(Baru) (ikut standard format):-
I.   Mempertahankan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia.
ii.   Memelihara dan melindungi keikhlasan dan kejujuran status kemerdekaan dan Demokrasi Negara serta berpegang teguh dan menjunjung Prinsip-prinsip Rukun Negara.
iii.   Untuk menjaga secara mandatori; Kesamarataan, Kestabilan, Kemakmuran, dan
Kesejateraan dalam Malaysia dan Sabah khasnya supaya adil.
iv.    Mempertahan dan memelihara serta melindungi segala Hak-Hak dan kepentingan Negeri Sabah dan Rakyat Sabah didalam Persekutuan Malaysia.
v. Menjaga dan mempastikan hak keistemewaan setiap rakyat Sabah yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia sebagai Rakyat Berbilang Kaum dan Bangsa, Berbagai Budaya dan Berbilang Ugama.
vi.  Berpegang teguh dan melindungi adat resam dan budaya tradisi takyat Sabah dan terus menghormati amalan kebebasan beragama.
vii.  Mengeratkan semangat muhibah, harmoni dan toleransi dikalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada berbagai suku kaum, budaya dan ugama.
viii. Berpegang teguh dan melindungi amalan Prinsip Kerajaan Demokrasi Berparlimen.
ix.   Berkerjasama dengan pertubuhan siasah yang lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, berdaftar di Malaysia untuk sama-sama menggalakkan penglibatan dalam perkembangan parti politik  yang sehat.
x.   Menjunjung kedaulatan keadilan sosial tanpa pilih kasih.

MANAKALAH  Calon Parti Bebas Disokong USNO(Baru) menggariskan keputusan tindakan operasinya berikut:

i.   Perlaksanaan:  Sebaik-baik pembubaran dewan negara dan negeri diumumkan. Gerak kerja on the ground mula beroperasi.

ii.  Pendekatan:   Kita kembali kepada penyatuan keluarga (fitra manusia). dan masyarakat.   Dan pendekatan amalan yg sehat dan tidak mengamal tunjuk perasaan dijalanan.

iii.  Konsep:   Orang tidur tak jadi tidur dan yang bangun akan terus bangun.

iv.  Moto: Berjuang Terus Berjuang dan mempastikan parti tempatan USNO(Baru) dihidupkan semula; dan terus memerintah negeri Sabah.

v.  Laungan: KUASA RAKYAT yang akan tentukan pendaftaran USNO(Baru) didaftarkan, Dan BUKAN kuasa pentadbiran R.O.S (Registeror Of Society) di KL.

Pesanan:
Perlu untuk dipesan2kan dan diingat2kan; bahawa, apabila kita senang kita lupa yang kita akan turun.  Sesudah kita kehilangan kuasa baharulah kita mahu gunakan kuasa.  Pada masa itu baru kita belajar bahawa kuasa boleh digunakan dan mahu mencari jalan untuk berkuasa.

Kami mahu mengambil kuasa ...

Senerio Politik Di Sabah Dan Ikrar Parti Bebas

Calon BEBAS di sokong oleh USNO(Baru).
Sabah Wajah  Baru, PRU13

Sejajar dengan Matlamat Halatuju USNO(Baru).  Calon Bebas yang disokong penuh oleh USNO(Baru) itu akan meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh para pejuang yang terdahulu ......,  kini pewarisnya berhasrat mahu  menjadikan Sabah, sebuah negeri yang termaju dan masyur di Malaysia, dengan izin NYA.

Apabila Calon-Calon BEBAS ini menang dalam PRU13 nanti, merika akan diserapkan ke dalam  USNO(Baru). Ini adalah Janji dan Ikrar yang dibuat oleh Calon-Calon Bebas yang disokong oleh USNO(Baru).

Dari kaca mata kami; senerio politik di Sabah telah berbedza. Tidak dapat dinafikan bahawa penduduk dan pengundinya punya cita rasa yang berpuak puak. Tidak paya kami menyebutnya tetapi ini adalah satu kenyataan. Dalam hal ini kami mengambil kesempatan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati masyarakat yang kami wakili, ATAU mahu menterjemahkan perasaan yang tidak senang itu. Kaum kami terabai dan menyedarinya sekian lama kerana sering menjadi bualan bukan saja oleh orang orang professional malahan diperingkat sokongan dan masyarakat kampung juga. Kami mendapat tekanan seperti satu bentuk penjajahan modern sedang dan telah berlaku terhadap kaum kami. 
Sebab itu, saluran yang kami percayai, dan yang boleh menyakinkan kami sejak dulu ialah melalui Parti USNO tetapi ianya telah dilenyapkan. Oleh itu, selagi Parti USNO itu atau pengantinya USNO(Baru) tidak dihidupkan semula selagi itu kaum atau masyarakat kami tidak tunduk walauapa sekali pun akan kami tentang.

Perasaan serupa samalah dengan UMNO di Semananjung. Dan kes nya pun sama dan pernah di perbaharui. Kalau kami tanya kepda pemimpin di Semananjung sana; boleh tak jangan hidupkan semula UMNO(Baru)?. Tentu jawabannya, sama seperti mana yang kami rasai. Jadi kenapa HAK kami dinafikan, sedangkan kita  sama berdiri dan berpijak dibumi yang sama lagi nyata. 
Sungguhpun demikian, pewaris atau generasi baru kami telah banyak kali mencuba untuk menghidupkan parti kesayangan kami; hinggakan ada 5 kumpulan dalam nada yang sama sudah berusaha untuk mendaftar semula parti itu. Dan kami telah difahamkan oleh pihak ROS KL mengatakan 4 permohonan mengenainya telahpun ditolak. Dan yang tinggal, belum ditolak atau diluluskan hanya 1 lagi iaitu permohonan USNO(Baru), kerana telah memenuhi kesemua syarat yang diperlukan termasuklah Keselamatan dan keperluan Perundangan. 

Kami dah boleh menilai kemampuan pemimpin yang sedia ada, merika itu tahu dan bijak, tetapi disebabkan kebijaksanaan merika itu hingga membuat merika terlupa bahawa masyarakat sentiasa memantau kegiatan merika. Pemimpin2 Sabah terutama nya dipujuk dan dibuai mimpi yang indah2 dan diberi segala kemewahan dan Syorga dunia supaya membuatkan merika lalai dan lupa kepada tanggungjawab kepada negerinya.

Contoh dalam isu minyak mentah yang digali dan dikeluarkan dari bumi Sabah; mana dia suara pembelaan pemimpin Sabah? malahan tak menjadi pembela pun, sebaliknya jadi pak turut dan pengabu. Pendekatan dan sandiwara seperti ini sudah TIDAK boleh digunapakai dan dah kuno. Dan orang Sabah tidak boleh diperbodohkan lagi.  Semua pujukan itu sengaja dibuat buat supaya tidak menentang apa yang dimahukan oleh kerajaan.
Kalau nak tahu akan akibat dari tindak tanduk segala pujuk rayu yang  pemimpin itu terima, dan kesan nya kepada masyarakat adalah tiada lagi pembelaan nya kepada rakyat. Maka itu, terjadilah kesukaran untuk memilih winable candidates sebab rakyat tak nak undi lagi, jadi bertambah sukar dan  akan membawa kehancuran pada parti itu sendiri.  Kalau permasalahan ini tidak diselesaikan dari sekarang, maka ketidakpuasan hati rakyat akan terus berdendam dan kalau sampai masa maka jadi dan jadilah musibah kepada yang satu pihak.

Dalam PRU13 kali ini memperlihatkan 2 Parti Gergasi (Barisan Nasional Versus Pakat Rakyat) yang akan bertanding. Dua dua parti gergasi ini datangnya dari Peringkat Nasional yang mengunakan ayam tempatan. Ini kisah benar tetapi menyedihkanlah. Apa tidaknya, kita diperlagakan kerana mahu hidup bergaya tetapi menggunakan harta atau kerita orang lain, sama seperti mahu menjadi lelaki macho tetapi hakikatnya Pondan.   Ini lah yang dikatakan apa boleh buat, guna saja parti PR dari Semananjung sebagai landasan alternatif, asalkan calun yang bertanding itu bukan jadi orang Malaya.

Dengan hujjah yang panjang diatas, sudah pasti peluang baik untuk kami dari parti Bebas tempatan yang disokong oleh USNO(Baru) yang sudah senonim dengan masyarakat dipihak akar umbi.. Tiupan kesukuan kini memuncak bahawa parti import dari Semananjung akan menjajah Sabah.  Rakyat Sabah akan lebih berpihak kepada parti Bebas tempatan lebih2 lagi mendapat sokongan dari USNO(Baru) parti tempatan.
Sekarang tidak syak lagi semua yang terpendam itu akan diluahkan dan diterjemahkan melalui peti undi  dalam PRU13, dan atau dengan cara yang berbedza bedza yang sukar untuk dikawal.

Dengan tindakan kerajaan yang dibawahnya R.O.S  tidak meluluskan parti USNO (Baru) adalah satu langkah yang kurang bijak dan ianya menjadi satu Rahmat kepada USNO(Baru) dimana kami kini akan menurunkan seberapa banyak Calun Bebas yang disokong USNO(Baru) akan mengambil tempat dan peluang dimana gajah sama  gajah sedang berjuang bermatian,  kami  akan menyambut peluang menerima tetamu yang datang.

Bukan sahaja mengambil peluang malah lebih dari itu yang parti tempatan telah sediakan. Tentu ada kebenaran nya bahawa pengaruh USNO itu masih kuat dihati rakyat Sabah. Jadi kalau tidak dilulus pun kami akan tetap buat perhitungan daripada mati kelaparan lebih baik bebuat sesuatu untuk bertindak untuk mempertahankan diri.  Calun BEBAS adalah pilihan kami. USNO(Baru) akan menyokong BEBAS dan menurunkan disemua kawasan DUN dan hampir semua kawasan PAR, Dan malahan lebih daripada dugaan yang akan melangkawi batas sampadan dan lautan. Sama2  ikuti perkembangannya nanti.

Dan, jika itu lah kerisauan yang kerajaan takutkan untuk menghidupkan USNO(Baru), maka kami benar benar terima cabaran itu untuk membuktikan bahawa ketakutan ini menjadi satu reality. Bahkan bukan saja   USNO(Baru) itu mempunyai pengaruh yang kuat, akan tetapi In Sha Allah, USNO(Baru) akan kembali memerintah Sabah pada PRU13 ini atau lebih dari itu; sama sama kita saksikan kelak.