welcome banner

Thursday, March 28, 2013

MATALAMAT HALATUJU.

Meneruskan perjuangan asal USNO(Baru) yang diasaskan oleh para pejuang yang terdulu yang berpegang kepada prinsip bahawa Negeri Sabah kekal diperintah oleh Orang Asal Tempatan Sabah.  Berdikari sebagai negeri yang termaju dan masyur di Malaysia.

Parti Politik Tempatan.
Sabah Wajah Baru selepas PRU13

Calon BEBAS yang disokong oleh USNO(Baru)  (Yang belum mendapat kelulusan pendaftaran nya sehingga kini oleh kerajaan Federal, yang dipohon pada 10/07/2008. Surat akuan penerimaan permohonan Untuk Pendaftaran oleh R.O.S bertarikh 08/08/2008, Rujukan: PPM:SBH1602/08, dan PPP:  SBH0132/08 (2).  )   apabila menang nanti akan diserapkan ke dalam USNO(Baru).

Sabah memerlukan sebuah parti tempatan seperti USNO(Baru) dan bukan parti yang diimport.
Pelbagai usaha pihak tertentu termasuk mahu membeli dan mengambil alih dengan ganti rugi sebuah parti tempatan yang sudah berdaftar juga gagal disebabkan ada unsur penipuan.

Dalam pada itu, usaha juga telah dan sedang dijalankan bagi memastikan USNO(Baru) dapat didaftarkan sebelum PRU13, namun pihak pemerintahaan persekutuan memandang sepi dan berdalih sama ada tidak menolak atau tidak juga meluluskan.  Walhal, kesemua keperluan yang mereka perlukan telah lengkap memenuhi semua syarat termasuklah laporan keselamatan dan keperluan perundangan.

Pada 17/01/2012 kami telah dipanggil di Pejabat R.O.S Kota Kinabalu untuk perjumpaan dengan rombongan Timbalan Menteri Dalam Negeri intuk mengetahui dengan lebih dekat lagi penjelasan kami mengapa harus parti USNO(Baru) didaftarkan.
Dan kami telah dimaklumkan bahawa laporan lengkap oleh Timbalan Menteri kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah dimajukan untuk kelulusan.  Sehingga kini tidak ada apa-apa tanda keputusannya, sedangkan PRU13 semakin hampir.

Jelas sekali bahawa Pentadbiran Pemerintahaan Federal tidak telus terhadap Sabah, maka dengan keputusan itu kami terpaksa membuat keputusan selaras dengan Matlamat Halatuju kami USNO(Baru).



Kebebasan untuk membasmi kemiskinan rakyat luarbandar dan separuh bandar. Dan kebebasan melindungi Hak Rakyat Tempatan daripada dibolot.

Menyemak semula semua status geran-geran tanah dinegeri ini termasuk tanah-tanah: Native Tirle (NT), Tanah Country Lease (CL), Crown Land, Town Lease, TOL, Tanah Pusaka dan lain2 tanah termasuklah Tanah Adat, dan Tanah Tulen Dumpil Meruntum, Putatan. Kota Kinabalu.



TUJUAN DAN MATLAMAT USNO(Baru) (ikut standard format):-
I.   Mempertahankan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia.
ii.   Memelihara dan melindungi keikhlasan dan kejujuran status kemerdekaan dan Demokrasi Negara serta berpegang teguh dan menjunjung Prinsip-prinsip Rukun Negara.
iii.   Untuk menjaga secara mandatori; Kesamarataan, Kestabilan, Kemakmuran, dan
Kesejateraan dalam Malaysia dan Sabah khasnya supaya adil.
iv.    Mempertahan dan memelihara serta melindungi segala Hak-Hak dan kepentingan Negeri Sabah dan Rakyat Sabah didalam Persekutuan Malaysia.
v. Menjaga dan mempastikan hak keistemewaan setiap rakyat Sabah yang termaktub didalam Perlembagaan Malaysia sebagai Rakyat Berbilang Kaum dan Bangsa, Berbagai Budaya dan Berbilang Ugama.
vi.  Berpegang teguh dan melindungi adat resam dan budaya tradisi takyat Sabah dan terus menghormati amalan kebebasan beragama.
vii.  Mengeratkan semangat muhibah, harmoni dan toleransi dikalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada berbagai suku kaum, budaya dan ugama.
viii. Berpegang teguh dan melindungi amalan Prinsip Kerajaan Demokrasi Berparlimen.
ix.   Berkerjasama dengan pertubuhan siasah yang lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, berdaftar di Malaysia untuk sama-sama menggalakkan penglibatan dalam perkembangan parti politik  yang sehat.
x.   Menjunjung kedaulatan keadilan sosial tanpa pilih kasih.

MANAKALAH  Calon Parti Bebas Disokong USNO(Baru) menggariskan keputusan tindakan operasinya berikut:

i.   Perlaksanaan:  Sebaik-baik pembubaran dewan negara dan negeri diumumkan. Gerak kerja on the ground mula beroperasi.

ii.  Pendekatan:   Kita kembali kepada penyatuan keluarga (fitra manusia). dan masyarakat.   Dan pendekatan amalan yg sehat dan tidak mengamal tunjuk perasaan dijalanan.

iii.  Konsep:   Orang tidur tak jadi tidur dan yang bangun akan terus bangun.

iv.  Moto: Berjuang Terus Berjuang dan mempastikan parti tempatan USNO(Baru) dihidupkan semula; dan terus memerintah negeri Sabah.

v.  Laungan: KUASA RAKYAT yang akan tentukan pendaftaran USNO(Baru) didaftarkan, Dan BUKAN kuasa pentadbiran R.O.S (Registeror Of Society) di KL.

Pesanan:
Perlu untuk dipesan2kan dan diingat2kan; bahawa, apabila kita senang kita lupa yang kita akan turun.  Sesudah kita kehilangan kuasa baharulah kita mahu gunakan kuasa.  Pada masa itu baru kita belajar bahawa kuasa boleh digunakan dan mahu mencari jalan untuk berkuasa.

Kami mahu mengambil kuasa ...

6 comments:

  1. Welcome. Kpd Pelawat budiman, saya sedia menerima dan menimbang apa juga bentuk sumbangan idea idea yang membina pun kalau yg kurang senang kami sedia mendengarnya.
    Kita ikhlas utk meneruskan perjuangan pejuang pejuang orang orang yang terdahulu selari dengan Goal Hala Tuju Parti USNO(Baru) mahu dihidupkan semula.
    Kepada Pelawat /Pejuang dari Semananjung saya alu2kan inputs Tuan dan Puan. Neknda kami gelaran Abang Awang pernah berjasa Di Johore, Pahang, Terangganu, Kedah dan Kelantan. Ketika itu beliau hanya berjalan kaki dari Borneo ke Malaya. Kebanyakan tugas kerja yg dilakukan menyelamat penduduk musim Air Bah.

    ReplyDelete
  2. Ada 10 buah Permohonan baru ditahun lalu dan kini sudah 14 buah termasuk ada MP yg dah keluar dan buat parti. Saya diberitahu oleh pendaftar ros.Tiada Masalah dan sekatan utk memohon baru, sedangkan Parti Bugis yg guna nama suku nya pada parti itu masih dlm senarai menunggu.about an hour ago · LikeHj Dulli Mungkin Nama USNO(Baru) ini secara kebetulan dan perwatakan nya sama dgn bangsa Sama dan perjuangan Sama/Suuk itu sendiri, Dimana erti usno itu sendiri membawa maksud United Sama National Organization. Kadang2 sewaktu saya menulis dan menceritakan perjuangan dan penderitaan usno itu kekadang sedih melihat nasib org2 Sama/Bajau, ada berkait rapat dengan penyingkiran bangsa Sama itu sendiri. Perjuangan Bapa Tun belum ada gandingan dgn Pemimpin Sama/Bajau yg pernah memegang jawtan KM. Bedzanya mcm bumi dgn langit, amat sedih sekali.Cuba perhatikan PRU12 semua calun2 bangso Sama/Bajau telah disengaja disingkir dan dihapuskan, kecuali DSP Yahya Husin itupun sebenarnya dah terkeluar tetapi dia seorg peguam dan ketika itu Timb KM. mcm ada disebaliknya.48 minutes ago · LikeHj Dulli Sebenarnya saya punyai pegangan dan kepercayaan tersendir dlm permohonan USNO(Baru); dimana teramat sukar bagi kerajaan dibawahnya ROS untuk tidak meluluskan USNO(Baru) ini. Apa org perseoranganan dan Professional mengatakan bahawa memang kerajaan tidak akan meluluskannya; tetapi bagi saya selaku Presiden (Penaja) merasakan bahawa USNO(Baru) ini satu masa dan ketikanya dia (USNO(Baru)) itu amat-amat diperlukan oleh pemerintahaan Kerajaan Melayu. Sebabnya kelulusan ini teramat sukar bagi kerajaan (PMu sekarang) atas persengketaan Bapa Tun dengan Tun Razak. Jadi, ertinya ini angkara kuasa manusia itu sendiri, Tetapi jalan Ke Tuhan an ia nya dah passed lulus. Antara kuasa manusia dengan kuasa Tuhan, maka sampai manalah kuasa manusia itu lamanya malahan akan menerima musibah, sama kita saksikan selagi hidup.25 minutes ago · LikeHj Dulli Saya masih ingat walaupun dah lima tahun permohonan dimasukan, satu perkara yg teramat sukar untuk dipenuhi ialah ROS meminta 70% daripada 11 orang AJK (penaja) USNO(Baru) ini mestilah menunjukan Salinan Asal yang membuktikan bahawa kami yang memohon itu adalah benar2 bekas Ahli USNO lama. Masa diberi dalam 2 bulan untuk mengemukakan.Kami telah berusaha keras mencari di seluruh Sabah. Alhamdulillah dlm masa sebulan kami dapat lebih drp 80% AJK penaja mempunyai sijil Asal yg lengkap dgn Letter Head USNO dan ditanda tangani oleh En Awang Usman Salleh, Ketua Penerangan USNO Pusat b/p Setiausaha Agong USNO.Setelah kami memajukan kpd ROS KK; merika pun mengatakan padaSsaya dan Timbalan Tuan Hj Musa Milip. Ex OCPD dan S/U Agong Tuan Matbee Ismail . Juga Ex OCPD yang merika sendiri kagum atas usaha kami dimana Syarat yg dikenakan itu adalah bertujuan untuk menolak permohonan atas nama USNO.

    ReplyDelete
  3. Kepada Kumpulan Bertindak Samah Sabah, Spotlight Kimo; dan Bekas Timbalan Presiden Penaja Arwah Hj Musa Milip EX OCPD. kami sedekahkan Al-Fatihah ... Amin; Dan Setiausaha Agong (Bekas) Tn Matbee Hj Ismail. Ex OCPD; dan Ketua Penerangan (Bekas) Tuan Hj Yunin Hj Atin. Ketua Pen. Pengarah Pembangunan Masyarakat. Saya merakamkan ribuan Terima Kasih diatas segala usaha yang pernah disumbangkan tetapi masih menunggu kelulusan sama ada ditolak atau diluluskan.
    Surat Terakhir saya kepada Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negari YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein rujukan: US/PER/01/50 bertarikh 02/04/2012 dengan hantaran surat resmi dan juga email: hishamuddin@moha.gov.my Juga di beri salinan Kepada Pengarah ROS KL . Surat meminta kata dua sama ada mahu dilulus atau disebaliknya. Sehingga kehari ini surat itu tidak berjawab.

    ReplyDelete
  4. Daripada menunggu mati kelaparan lebih baik buat pilihan. Itulah USNO(Baru).

    ReplyDelete
  5. Halau umno dari negeri sabah,jikalau perlu sabah keluar dari malaysia, bugis bukan bumiputra sabah

    ReplyDelete
  6. hello Admin of this blogs, I am dennis from unit Media USNO P171 Sepanggar dan pusat kota kinabalu .May have the connected with the blogs admin . Here

    ReplyDelete